Kalendar Hindu

Kalender Hindu (Bahasa Inggeris: Hindu calendar) yang digunakan sejak zaman purbakala telah menjalani pelbagai perubahan menerusi proses penyetempatan, maka kini wujudnya pelbagai kalendar India yang berbeza-beza di samping satu kalendar kebangsaan India. Antara kalendar Hindu setempat yang terkemuka ialah kalendar Nepal, kalendar Benggala, kalendar Malayalam, kalendar Tamil, kalendar Telugu dan sebagainya.[1]Kebanyakan kalendar ini diwarisi daripada sebuah sistem yang mula-mula disebutkan dalam Vedāṅga Jyotiṣa, iaitu tambahan pada Veda yang terbit pada lewat zaman Sebelum Masihi, dipiawaikan dalam Sūrya Siddhānta (abad ke-3 M) dan seterusnya diperbaharui oleh para ahli astronomi seperti Āryabhaṭṭa (499 M), Varāhamihira (abad ke-6 M), dan Bhāskara II (abad ke-12 M). Perbezaan dan kelainan antara tempat timbul dalam pengiraan ni, namun yang berikut merupakan sekilas am kalendar qamari-suria Hindu.